Tuesday, 6 October 2015

Sambutan Hari Sukan Negara, 2015 (10/10/2015)




      Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.


      Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. 


          Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. 

        Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. 

CUTI UMUM SEMPENA HARI JADI TYT MELAKA




Selamat Hari Jadi Kepada Tuan Yang Terutama Yang 
DiPertua Negeri Melaka, TUN DATUK SERI UTAMA MOHD KHALIL BIN YAAKOB yang ke 77 tahun.


Tarikh : 9/10/2015
Hari    :  Jumaat


KETIBAAN GB BARU , PUAN ANNA ONG SIAH LIAN DI SKP METHODIST 1


SELAMAT DATANG PN.ANNA KE SEKOLAH KAMI.....
            DAN SELAMAT BERTUGAS...